|
Huh salam, lama teman tak jengok blog ni ... ni semua PRU punya hal ... sibuk 'berpolitik' kejap ....
Syukran dan terkejut, itu saje perasaan teman apabila kerajaan BN yang memerintah selama ini kat Perak tumbang kepada kerajaan Barisan Rakyat pilihan majoriti rakyat Perak. Tahniah kerana berani berubah, ini adalah satu titik permulaan kepada proses kematangan masyarakat kita.
Syukur dan tahniah kepada MB baru Perak, Tn Hj Ir Mohamad Nizar Jamaludin atas perlantikan beliau. Teman rasa amat beruntung jadi anak Perak kerana mempunyai Sultan yang betul prihatin dan hasil campur pihak Istana segerakan 'kemelut' kerajaan baru Perak. Teman percaya pakatan yang baru bernyawa mampu melakukan sesuatu kepada rakyat Perak, cuma berilah mereka peluang. Suasana tenang di Ipoh dan seluruh negeri Perak, membuktikan tiada apa yang perlu ditakutkan untuk berubah kerajaan. Cuma yang teman harapkan takde pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeruhkan suasana dengan sentimen perkauman. Tapi permulaan itu sudah ada, tapi syukur berjaya ditangani cepat oleh pihak berkuasa.
Tetapi pasukan bola Perak masih terumbang-ambik dengan prestasi kurang konsisten mereka. Cuma teman harapkan, pengurusan PAFA cepat bertindak dan kerajaan baru dapat memberi fokus juga terhadap prestasi bola negeri.
bersambung ...
|
|