Pueh hati, itu je perkataan sesuei lepaih game ngan Perlih malam tadi. Nak kata Perak main lawo sangat idak la, pertama berjaya jawab lagi kalah first round dulu, kedua sebab season sebelum ni Perlih antara team yang Perak susah nak makan gak.
Overall, performance okey kecuali aku nak sentuh beberapa perkara. Harap pengurusan Perak bukak mata la, Jorge Munoz import no 6 tu ternyata tak boleh pakai lagi, setelah beberapa game apa sangat yang istimewa pada dia tu. Ternyata SD bijak mengeluarkan beliau pada minit awal permainan, tak tau la kalo reason injured atau tak perform. Harap PAFA tamat je la kontrak dia. Setakat position defensive midfielder, ramai local player boleh pegang contoh Natha, Subra dan Azlan. Lagi satu defence, Chan Win Hoong masih menjadi favorite SD, walaupun kerap bebeno buat mistakes yang tak boleh diterima dan hampir memberi gol kepada lawan. Rekod gol sendiri musim ni pun boleh tahan buat Chan. So pikior le sendiri, turunkan Subra balik position tu. Kembalikan Azlan dan Nantha push balik ke position awal dia. Insyallah defend Perak akan lagi mantap.
Ini overall rating pada setiap players game Perlih malam tadi;
1. Nasril - overall good job sebab tak terima banyak pressure dari team lawan, ada few mistakes tapi masih boleh dimaafkan.
5. Mario Berrios - good job sebagai central defender, takde masalah kawal Chippeta sebab dia pun tak menyengat malam tadi.
17. Nantha - bukan favorite position dia tapi masih well managed. Tapi akan ada masalah kalau lawan ngan team attack pakai wing flanker.
8. Chan - Tak sepatutnya 1st eleven lagi, selalu buat careless mistakes. Kembalikan Subra ke position ni.
6. Jorge Munoz - Import yang sepatutnya digugurkan awal lagi, tak menyumbang apa2 kepada team sekadar pelengkap barisan utama. Bijak kerana cepat mengeluarkan dia malam tadi.
10. Hardi Jaafar - Nampak terlalu selesa dengan position ni skrg. Bertindak sebagai playmaker, naik dan turun. Ala-ala Roberto Baggio tahun 90'an dulu. Banyak gerakan dan cubaan jauh berbahaya dari beliau.
28. Nor Hazrul - pemain muda yang banyak perlu belajar dan kena keras sedikit di padang. Injured dan keluar pada awal game.
12. Danial Fadzly aka Wirat - Menggantikan Arul yang tak main game ni, nampak selesa dengan position dia sebelum ni. Stamina amat memuaskan dan rajin mengejar bola dan lawan.
7. Ahmad Shahrul (Kapten) - Well known general on the field. Position attacking midfielder banyak assist hantaran kiri kanan dan thru ball pada strikers.
9. Carlos Caceres - Tetap menjaringkan gol malam ni, ada beberapa peluang terlepas. Perlu lebih lethal lagi.
25. Khalid Jamlus - Penyerang kesukaan ramai tapi kerap jadi bahan kutukan peminat. Kekal sebagai penjaring utama pasukan dan antara terbanyak dalam liga. Kekal dengan ciri klasik beliau.
Substitutions;
2. Subramaniam - Bertindak cemerlang sebagai defensive midfielder selepas menggantikan Munoz. Tetapi agak kaku bila position hendak menyerang. Permainan robust makin kurang tapi tetap terima kad kuning malam tadi.
24. Wan Abu Yazid - Pemain muda yang sepatutnya jadi 1st eleven pada pandangan aku. Potential tinggi, permainan keras dan mampu mengawal bola dengan baik.
13 . Razali Umar - Pemain gantian yang kerap diturunkan hampir setiap permainan. Selalu bertindak mengucar kacirkan pertahanan lawan. Tetapi perlu bijak menjaringkan gol.
Prestasi yo-yo pasukan Perak musim ini belum tahu penghujungnya lagi. Walaupun patut berbangga dengan kedudukan ke-2 liga. Perak kena buktikan balik kepada fans, supaya come back dalam FA Cup next game lawan Johor FC. Dan cuba untuk tidak kalah dengan Kedah di gelanggang lawan.
Kejor Yob Kejor untuk Seladang.
